Monday, May 19, 2014

BEKAM

ASSALAMUALAIKUM ~

My dad once told me that arwah atuk belah my dad dulu pernah buat khidmat bekam. But none of his children mewarisi bakat tu. Set bekam dia pun dah hilang ke mana entah. But I LOVE BEKAM ! The interest tu maybe turun from arwah atuk but I'm not really into belajar membekam orang. Yet maybe. 

As you know, bekam is one of sunnah Nabi Muhammad S.A.W. And we should always believe that semua sunnah Baginda mesti ada hikmahnya. Nabi Muhammad S.A.W. takkan buat and sarankan kita buat anything yang siasia. 

Dari 'Uqbah Bin 'Amir, Rasulullah S.A.W. bersabda : ''Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran.'' (Riwayat Imam Ahmad)

Even with all those developments in teknologi kecantikan, bekam yang dah wujud time Nabi dulu still valid and berkesan sampai harini and sampai bilabila. Banyak kajian dah dibuat and so far 93 penyakit dapat disembuh with bekam ! Ada treatment or product lain yang mampu sembuhkan sampai 93 penyakit ? But ni just antara ikhtiar yang kita patut buat and we should leave the rest to Allah. In Shaa Allah.

Ada 2 jenis bekam - bekam angin and bekam darah. Bekam angin is for those yang takutkan jarum or darah. Sebab bekam jenis ni tak melibatkan any of those. Its cheaper but its not sunnah Nabi actually. 

Bekam darah lah yang sunnah Nabi. Usually, mulamula badan kita akan diurut with minyak. Some jurubekam boleh detect which part of our body yang ada paling banyak toksin and darah kotor. Some akan tanya kita sakit apa or simply tanya nak bekam bahagian mana. Dalam body kita ada lebih daripada 300 points untuk dibekam tau ! 

Next dia akan letak cam penyedut kasi kulit kita cam bengkak sikit so that darahdarah tu terkumpul pastu dia akan cucuk kulit kita with a special pen or jarum or pisau kecil.

Then baru lah darahdarah kotor kita akan disedut and thus dibuang out of our body. Darahdarah kotor kita ni la yang menyumbang kepada macammacam penyakit. Proses sedutan ni akan dibuat 2 kali untuk memaksimumkan pengeluaran darah kotor. 

Lastly dia akan rub with minyak or alchohol or antiseptic and bekas bekam tu akan hilang in less than a week. 

Jurubekam tu pun sepatutnya bertauliah ada ilmu in bekam ni and pakai sarung tangan time buat bekam. Jarum yang dia pakai tu pun mesti jenis pakai buang. Alatan bekam dia pun mesti disteril. So sebelum nak buat bekam, do some researches. Mana tempat bekam yang bagus murah and stuffs. We dont want something originally good turn bad do we ?

Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda : ''Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalendar Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit.'' 

Although of course you can buat bekam anytime but tarikh-tarikh tersebut are the best sebab scientifically, time tu daya tarikan graviti bulan to bumi sangat kuat which somehow causes the blood cells in our body cam berkumpul lebih dekat dengan permukaan kulit kita. Thus lagi senang and banyak lah darah kotor dapat dibuang.

Sebelum berbekam, seelok-eloknya kita puasa haritu atau tak makan anything heavy around 2-4 hours. After berbekam, relaks rehatkan diri, jangan mandi or makan sejam lepas berbekam and better minum banyak air suam, madu or habbatus sauda untuk cepatkan proses regeneration of blood cells.

1st & 2nd time dulu buat kat sini.

Pusat Terapi Bekam Sunnah Saujana Utama (PTBSSU)
C213, Iris Apartment, Persiaran Saujana 4,
Saujana Utama, 47000 Sg Buloh, Selangor DE

Encik Suhaimi (013-3447846) / Puan Aida (013-3744861)



Dia beroperasi kat apartment and the guards will may pegang IC or lesen memandu and gantikan dengan pas pelawat. Its kinda annoying but thats their responsibility. Securing the area.

Lelaki perempuan boleh. Kalau lelaki Encik Suhaimi yang buatkan kalau perempuan Puan Aida yang buat. RM5 each cup ! Murah gila kan ? No minimum cup but maximum 20 cups. Sebab kalau banyak-banyak body kita nanti lemah kurang darah. 

Sila booking at least a month before ya sebab jadual diorang memang sangat pack. Pernah sekali dulu giliran aku is in the next 6 months ! Encik Suhaimi ni sebenarnya Jurubekam Nombor 1 di Malaysia dan Jutawan Bekam ! Dia pun ada buat kursus bekam so kalau interested just tell them. For more info silalah ke sini ~

The 3rd time was actually semalam HAHA

3A-2A Jalan Medan PB2A,
Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan.

Puan Noraini (019-2608092/019-2957929)



Kedai ni kat belakang kedai Baby Manjaku and atas kedai Dobi Cinta Alam. 

Kawan yang rekomen kan tempat ni sebab dia dah pernah pergi sini dulu. Lelaki and perempuan pun boleh sebab dia ada jurubekam lelaki and perempuan gak. RM5 each cup and no minimum cup but maximum 20 cups gak. Thats why saya beralih ke sini lak. Kalau pergi Sungai Buloh pun kena kos minyak and tol. Mahal gak. Now kat Bangi je yey ~! 

I do understand if some people akan nampak takut dengan darahdarah dalam cup bekam tu. But seriously. Proses bekam ni TAK SAKIT LANGSUNG ! Time kulit kita dicucuk sikit with alatan tajam tu so that darah kotor boleh keluar, time tu sebenarnya GELI GILA ! SERIOUS ! Time darah keluar terkumpul dalam cup tu memang ada rasa sakit sikiiiiiiitt je. Sebenarnya more like rasa kulit ni disedut tapi with pressure rendah lah. 

If you still think that you cant do bekam, try Akupuntur. I've never done it before though. So tak boleh nak komen apa. But try baca sini. Hope its useful. Or contact Dr Halim (011-16348103)

Ada makcik time kerja kat BSN dulu suggest doktor ni sebab anak dia ada allergic sama cam aku. But lepas buat rawatan akupuntur by him for a few times, Alhamdulillah dah kurang. Klinik dia kat USJ. Lupa nama kedainya. Though I forgot the exact cost but I do remember that harga rawatan akupuntur by Dr Halim ni agak murah. 

Actually tak pernah pergi pun haha sebab jauh and tak berkesempatan. Maybe I should go there some day ? Dr Halim ni pun sebenarnya pernah buat rawatan akupuntur kat Sultan Pahang tau ! Kalau taksilap lah. 

Another treatment yang berkesan untuk mencuci darah is with Terapi Ozon Darah. One of the places yang aku tahu ada khidmat terapi ni is at Dr Marissa Aesthetic. Ni pun aku takpernah try lagi but kalau nak tahu boleh la usha blogs ni and ni. Diorang ada ceritakan pengalaman and details pasal treatment ni.

For me, its for the sake of our body. To a healthier one. Takpe kan kalau kena melabur sikit. Daripada nanti dah sakit teruk kos rawatan buat duit lagi mengalir deras macam Niagara Falls. Body ni kita dipinjamkan kejap je from Allah S.W.T. Nanti kat akhirat badan kita akan tuntut hak diorang. Better act now ! 


ASSALAMUALAIKUM ~


3 comments:

  1. Tak pernah buat bekam. Maybe nanti bila terasa darah kotor sgt ke? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam aku memang darah kotor. Ada banyak allergic and jerawat pun agak dahsyat haha. But Alhamdulillah getting better. Taktahu la sebab bekam ni ke apa. But bilabila free try la. To a healthier and prettier you haha ;)

      Delete