Monday, December 31, 2012

CHILDHOOD

ASSALAMUALAIKUM ~

ALHAMDULILLAH. I'm still here. Alive. Semoga aku dipanjangkan lagi umur. AMIN. 

2012. A lot of memories. Happy. Sweet. Sad. Bitter. But thats what makes your life colourful. Makes you more matured. I'll treasure them all.

My high school's life might has ended. But our friendship. Is strong. Will always be strong. In Shaa Allah.

I'm sure my life will get tougher and harder. But I'm sure i can handle them. All the test that Allah has given me before. Semua tu dah jadi experiences. And I learnt a lot from semua ujian dan pengalaman tu. Semua tu will be very helpful in future.

Enough. Lets lighten up the atmosphere a lil bit !

To all pelajar sekolah yang belum habis SPM macam aku *MUAHAHAHA bangga sangat la dengan status aku ni kan*. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ADIK ADIK SEMUA HOHOOI ~!

To calon PMR. HELEH PMR IS NOTHING ! But GOOD LUCK anyway :D

To calon SPM. HELEH SPM IS NOTHING ! But its the BEGINNING OF EVERYTHING. Whatever you do. Macam biasa. Enjoy cherish treasure every second in your high school life. Its the best moment in life. You're gonna miss em. And you wont get it again. But still ALL THE BEST :D

To all members aku yang dah habis SPM. I MISS YOU GUYS SO BAD ! And you know it ! As I expected. Semua dah busy. Ambil lesen. Kerja. Later dah masuk Uni serata dunia. Makin busy. Makin susah la nak jumpa. Aku doakan korang semua kejayaan di dunia dan akhirat AMIN :D

Oh this isnt lighting up the atmosphere at all ! Sorry.

So apa memori aku time sekolah dulu ? Hurm *thinking so hard*. This gonna be damn long.

Aku suka main kejarkejar and nyoroknyorok. Kalau siapa yang takmain tu memang lifeless dooo childhood diorang. Sometimes sampai seluar baju kotor terkoyak. But kotoran itu bagus. Kat sekolah agama ramairamai tangkap belalang. Motif ? Entah haha.

Bila time nak solat Dhuha ramairamai. Mainmain air time ambil wuduk tu. Saje masuk lambat. Duduk saf belakang sekali sebab takut jadi imam. Bila ustaz or ustazah suruh baca surah or ayat Al-Quran ramairamai tanpa tengok buku dan aku tak hafal. Aku akan buat miming atau purapura batuk or bersin or selsema HAHA.

Darjah 5 and 6 aku jadi pengawas kat sekolah agama. So bila ustaz or ustazah ada meeting. Kitorang kena jaga kelas. Aku saje pilih kelas budakbudak darjah 1. Pastu mainmain dengan diorang. Kadangkadang aku lukis kat papan hitam guna kapur. Suruh diorang cari benda tersembunyi. Kadangkadang kitorang menyanyi menari buat kuiz. Famous aku dengan budakbudak haha. And diorang panggil ABANG DANIAL ABANG DANIAL ~  Omaaaaaiii COMEEELL ! :3

Dulu aku aktif pertandingan semua ni. Pernah masuk pertandingan Khat sampai peringkat daerah. And ALHAMDULILLAH skill khat tu still kukuh. Dulu time buat khat kat kelas. Sibuk lah kikis hujung pensil kayu tu pakai pisau lipat tu. Kalau tumpul gak asah kat cermin tingkap. Sekarang tak best ah pakai pensil khat mechanical tu. Takde feel.

Pernah gak masuk pertandingan Marhaban sampai peringkat daerah. Letih gak practice. Sampai hilang suara kena minum air asam jawa and air garam batu tu hah. Dulu time pertandingan pakai punya la vogue kau. Baju seluar sampin and accessories semua sekolah sponsor. Segaknya like orang nak pergi meminang tu ~

Aku taksuka beli makanan kat sekolah. Dah terbiasa saving since kecil. But makanan yang aku takboleh resist langsung dulu. Satay ikan yang dijual pakcik motor kat luar sekolah. 20 sen je 1 cucuk. Murah dan sedaaaaapp ! Sekarang susah dah nak jumpa lagi :'(

Kat sekolah kebangsaan lak. Aku selalu masuk pertandingan mewarna. Suka sangat. Bila mewarna tu takde lah awesome mana. Ada 2 member dulu yang sangat awesome dalam mewarna. Bukan rival. Kami buddyz. Aku banyak belajar daripada diorang lah. 

Taktahu la dari mana dapat talent melukis and mewarna tu. But my parents banyak tunjuk ajar. Dari segi tone, ideas and skills. Aku suka lukis scenes nature. And my dad ajar. Kalau nak colour langit tu biru. Berus langit guna span. Memang berbeza and handy daripada kau guna berus. Akan timbul tone yang cantik for langit. Takde la biru sematamata. Until now aku guna teknik dia tu. My first drawing when I was a kid was. Gambar buahbuahan tempatan. Yeah tajuk time ujian seni. Ada bakul kat tengahtengah meja. Dalam bakul tu kat kanan mesti buah betik. Kiri buah tembikai. Tengahtengah buah epal, oren, anggur. Peduli apa aku tu bukan buahan tempatan haha. Atas sekali ada buah durian, tebu and pisang. Pernah gak lukis kehidupan laut banyak ikan ada rumpai laut kerang ikaun paus haha.  My mom yang kasi idea. Semua pertandingan melukis dia punya idea. And dia yang banyak ajar tone. Mana patut colour gelap mana patut colour cerah :') 

Dulu gak selalu masuk pertandingan mendeklamasikan sajak and balas pantun. Kalau ada je pertandingan tu aku bantai masuk. Punya la bersungguh ingat dan practice depan cermin or depan my mom. Dia yang check nada and beri idea untuk gaya. Competitor kuat aku dulu si Haziqah. But best ah. Sebab seriously she's sooo talented. Masuk sekolah menengah aku dah pencen. Maybe sebab aku takut dengan persepsi orang. Bagi mereka. Kalau ada persembahan mendeklamasikan sajak atau pantun time event sekolah. Sangat bosan. Dan ramai takambil perhatian. Lebih teruk kalau jadi bahan. Tapi Haziqah tu tetap strong. Persetankan apa yang lain fikirkan. Selalu jadi bahan. Kesian pun ada. But dia titanium agaknya. Sampai nak periksa SPM Sejarah. Dia ingat dengan buat maklumat tu dalam bentuk pantun. Cool kan ? She have my respect :)

Time darjah 6 aku jadi ketua pengawas. Why ? Takpercaya ah ? Haha I couldnt believe it either. Pakai baju pink dooo haha. Comel je kan. My penolong dulu Amanina. Dia lebih matured daripada aku haha. Dulu senang je kerja. Time perhimpunan. Baca doa atau ikrar. Eh ada ikrar ke ? HAHA lupa. But doa tu jenuh ah aku baca. Padahal kertas doa tu boleh je bawa time baca. Takperlu hafal. But sebab first time baca doa panjang gak lah depan orang ramai. Nervous tu sikit lah. But ALHAMDULILLAH Amirin and Iskandar banyak bantu. Kalau tak baca doa or ikrar pun. Aku kena naikkan bendera. Rasa bangga ah haha. Rasa patriotik sikit. Cikgu siap warning. Nak naikkan bendera tu kena sikitsikit and make sure sampai atas seiring dengan lagu tamat. Takboleh laju takboleh slow. And bendera tu kena letak kat bahu. Takboleh cecah tanah. Menghina bendera katanya haha.

Rutin harian aku. Round sekolah. Check pengawas jaga jalankan tugas ke tak. But pergh penat la kan harihari nak round sekolah haha. So yeah curi tulang lah HAHA Selalu lepak je dengan kawankawan kat belakang bangunan PIBG taksilap. Situ siap ada kerusi meja apa bagai. Macam port kami la haha. Alah lagipun pengawas lain mesti taksuka kalau aku check diorang harihari. Aku beri mereka kebebasan. Caring kan aku ? HAHA

Sepatutnya harihari aku kena tandatangan buku nota pengawas. Buku tu macam buku kesalahan yang pelajar buat. Pengawas catit nama kat buku tu lah. Buku 555 kecil tu je pun haha. Tapi sebab aku takcheck harihari kan. Bila hujung bulan je cikgu nak check buku pengawas. Semua pengawas kasi aku buku diorang. Penat doooo nak kena tandatangan setiap page budak yang buat salah tu. Kalau boleh nak cop je tandatangan aku tu.

Aku takingat ah time darjah berapa. But ada 1 hari tu. Ada sorang cikgu meninggal dunia. Guru sains kelas lain. But pernah la nampak cikgu tu. Leukemia. Ramai nangis. Cikgu bawa some pelajar kelas cikgu tu je tengok arwah dikebumikan taksilap aku. But masuk sekolah menengah ni. Baru aku tahu. Anak arwah rupanya kawan abang aku sampai sekarang. And aku quite rapat la dengan adik dia. And diorang tetap cool walaupun pendiam. Tabik ah diorang. I know its tought but diorang tetap strong. Allah bless her and them :)

Dulu. Selalu je budakbudak bawa cam catalog barangbarang yang dijual. Siapa entah yang bawa catalog tu. Paling kitorang usha name cards. Ada banyak designs cartoon haha. Kecilkecil dah ada name cards ~ And dulu entah taktahu nak print or cari kat internet agaknya. Girls especially. Would print out songs lyrics and photostat then bagi kat member lain. Ramairamai nyanyi. HAHA

Time darjah 6. Cikgu suruh buat cam kertas A4 lipat 3 jadi bentuk cam prism. Then tulis nama letak kat penjuru meja masingmasing. Kasi cikgu taklupa kot. Sebelah aku Amirul Rashid. Bawah nama tu dia tulis TAHUN MELAWAT MALAYSIA taksilap aku HAHA He's really funny. Dia power chess. Dulu kitorang pergi lawan chess kat Bangi samasama naik ayah aku. But now sadly takrapat dah. Taktahu kenapa hmmmm :(

And dulu aku rasa. Rasa je lah. Wallahualam betul ke tak. Yang anggap aku pesaing dia is. Adri. Kami kawan je takde la bersaing cam bergaduh tu. Taktahu la kenapa. But dia mesti nak compete dengan aku in every matter. But mostly I won HEHE. Dari kecil memang dapat rasa aura kepimpinan and manly dia tu. But now aku yang rasa jealous dengan dia. Dia main rugby dah tough. Budak hot agaknya haha. But dulu dia selalu doooo buli aku ! Time darjah 4 dia ambil semua pen colour aku pastu cam mainmain taknak pulangkan. Buli la gak tu ! Salah aku gak sebab bawa pen colour banyakbanyak =,= And pernah once aku terbotak. Acik India tu gunting sampai botak rambut aku. Gentle datang sekolah botak. Walaupun dalam hati rasa malu gila tu Allah je tahu. Dia gelak paling kuat dooo ! But tu semua gurauan sematamata. He's a fun guy to be friend with. But not takrapat dah. Dont know why hmmm :(

Ada budak India. Thivaraj or Thavaraj. Err lupa la nama dia haha. Dia Pengawas Pusat Sumber. Dia baik sangat. Pemalu. But dia ni dulu. Interested sangat dengan Islam. Wallahualam la betul ke tak. Dia dah masuk Islam time tu. Apa entah nama Islam dia. Kitorang tepuk tangan amazed and supported him lah. But wondering hows he now.

 Ada member nama Rahmat and Afiq. Dulu darjah 4. Diorang pengawas. Aku baru masuk sekolah tu so takkenal lagi kan. 1 hari tu diorang main sepaksepak ais kat kantin. Entah apa masalah aku. Maybe diorang tersepak aku kot. Aku dengan mengadanya pergi report kat penolong ketua pengawas time tu. Diorang kena marah lah dengan dia. And bila aku dah masuk form 1. Sama kelas dengan Rahmat and Afiq. Kami dah jadi geng dah. Tapi Afiq dah blah masuk MRSM dulu. Dia gila lucah dooo dulu padahal comel je haha. But Rahmat still sometimes perli aku. ''Sebab kau dulu report ah aku hampirhampir kena lucut jawatan tau !'' HAHA Rasa bersalah dooo.

Guru kelas aku darjah 6. Puan Izzah Wong taksilap namanya. Cina Islam. Kitorang 1st day memang cuak gila dapat tahu dia guru kelas. Sebab dia memang famous dengan garang dia. But it turn out that she's quite cool funny. But tegas. And yeah its true bila dia cakap tu PERGH menusuk dush ke hati haha. Once a junior told me. Cikgu tu pernah cakap dengan diorang. ''Ketua pengawas tahun lepas (aku) dulu pun belajar sampai taktidur. Takdapat gak 5A'' HAHA kurang ajar doooo =,=

Oh ada cikgu English ni lupa siapa nama dia. Sleng dia PERGH Selalu sangat kitorang kutuk dia *AMPUN ya cikgu kami kanakkanak innocent time tu* Bila dia cakap Selangor its sounds like SELENGOR ~ Haha. And theres cikgu KH. You know aku memang lemah gila bab Kemahiran Hidup ni. Once dia suruh kitorang beli kereta TAMIYA. Tahu kereta apa ? Alah kereta kecil pasang sendiri tu. Lifeless ah kau haha. But aku langsung takpandai pasang T___T Tu projek doo. Ada markah. Tapi cikgu tu baik hati kasi aku bawa balik rumah *THANKS CIKGU* :') So sampai rumah aku minta la ayah aku pasangkan. Kalau projek buat layanglayang pun aku bawa balik minta ayah aku yang siapkan. THANKS DAD :')

Oh cikgu disiplin. Ada 2 orang. Sorang lelaki and sorang perempuan. Both best. Yang cikgu laki tu taksilap nama dia Encik Rahim. Or Rahman ? Err. Ampun. He's sooo cool. Dia banyak tunjuk ajar aku. Mendisiplin dan mematangkan aku. Pernah dulu ada celebrate dia dapat PhD. Siap pakai jubah convo and bawa bunga dengan lagu drumroll lagi kau haha. Cikgu perempuan tu lak tegas but motherly.

Cikgu BM aku siapa nama dia. Shafee. Shafi. Wallahualam ampun ah memori low. Ingat lagi muka but nama ni memang aku parah ah haha. He's really good in teaching us. Kelakar. And fun sangat bila belajar dengan dia. But sadly. Dia ada sakit. Penyakit unknown :'( Pernah once dia tengah ajar kitorang. Someone called him. Dia borak cam serious. Then he off his phone and said to all of us. "Kalau saya tetiba pengsan nanti cepatcepat panggil cikgu sebelah ya.'' Kami semua dah cuak dah time tu. But ALHAMDULILLAH nothing happened. Wondering hows he now.

Semoga semua cikgucikgu aku dulu yang awesome dulu tu sihat walafiat. AMIN :)

Okay nak stop dah sekarang ? Agree. Jari aku pun dah penat. Of course there're a lot more memories. But I would prefer to let it be known only to me. 

Thanks baca weh. I really appreciate it :')

May 2013. Be a better year for me. And you. In Shaa Allah.


ASSALAMUALAIKUM ~





















Monday, December 24, 2012

BIG BAD WOLF BOOKS FAIR


ASSALAMUALAIKUM ~

Hoyeaaaaaahh !! Ini yang aku paling excited ! 

The BIG BAD WOLF BOOKS FAIR ! For those who doesnt know apa benda kah ini. Check it out here and here.  Berlangsung dari 7th Dec until 23rd Dec at Mines Convention Centre. Last Sat dia sepatutnya tutup at 9pm but due to Malaysians yang sememangnya cintakan ilmu ni. Dia terpaksa tutup pukul 3am ! Its the LARGEST books fair in Malaysia ! Err betul ke ? But for sure its waaaaayyy more GEMPAK AWESOME AMAZING BEST EXCITING dari Pesta Buku Antarabangsa at PWTC dulu tu. Why ? Because ! There are 3 MILLIONS GREAT BOOKS AT AN EXTREMELY UNBELIEVABLY CHEAP PRICE ! Gerenti dia each books ada diskaun DARI 75% UP TO 95% OFF ! Isnt it CRAAAAAZZYY ?! 

Last Sun, 9th Dec, cousin saya yang dah beli laptop kat PC Fair hari Sabtu tu ada problem lak dengan laptop baru dia. So she and my bro went to Lowyat to check it out. While me. My bro drop kan kat Mines. Again. Alone. Forever alone 
*sob sob sob*.





Oh ada kereta Batman kat luar hall dia tu. Kereta model apa aku tak prihatin haha. Masuk-masuk je. PEEEERRRRGGHHHHH !!! I'M ALIIIIIIIVVVEEE ~!!! Kiri kanan pintu entrance tu ada banyak kotak. So you just ambil kotak tu and masukkan any books yang you nak baca or beli. Yeah boleh baca semua buku tu for free ! Just duduk la manamana penjuru dinding kat situ. Ramai je yang berpicnic kat situ. 

Then kalau rasa-rasa dah penuh kotak tu dan rasa nafsu nak beli buku tu masih membuakbuak. Buat kali pertamanya saya nasihatkan. Ikut nafsu anda ! Biarkan dia menguasai diri anda HAHA Because. Oh aku puji la keprihatinan dan mesra pelanggan pihak pengurusan fair ni. Dia ada sediakan 1 storage besar like gudang. So you can letak je kotak yang dah dipenuhi dengan buku yang you nak tu to the storage. Berapa banyak kotak pun boleh. Of course ada orang jaga lah. Leave your kotak along with your name and phone number. Nanti dia kasi cam nombor giliran gitu. But rasanya cuma boleh simpan until sebelum fair tu tutup pada malam nanti. After that dia akan keluarkan balik semua buku yang ada dalam kotak tu. Oh did I mention yang penyimpanan ni is FREE ?

Ada gak a indoor playground for kids kat tingkat atas. Yang menariknya. You hantar anak or anak saudara or adik you masuk dalam playground ni. For just RM30. Unlimited access and time. And you'll get a ticket to Lego Land worth RM80 ! Isnt that AWESOME ? Well itupun kalau I'm not mistaken lah haha.

Bukubuku semua memang in a really good condition. Like takpernah disentuh. Normally buku jual murah sebab dah rosak koyak conteng and such right ? But ini tidak langsung ! Ratarata buku ni semua dipublished before 2010. But takde lah yang from tahun 90-an. And still okay lah. 

Ratarata buku gak dijual at the price of RM3, RM5, RM8, RM10, RM15, RM20, RM25, RM30, RM35, RM40, RM45, RM60, RM65, RM70, RM75 and RM80. Itupun buku yang RM80 tu normal price dia boleh cecah RM300-RM400 ! And ratarata buku semua harga RM8 walaupun yang tebaltebal. Mana nak dapat weeeeehh !

Semua buku disusun kemas ikut section masingmasing. So taksusah lah nak cari buku yang kita minat. Ada banyak sections such as Architecture and Design, Photography, Religion, Cooking, English novels, Malay novels, best novels, fictions, non fictions, manga, comics, children books and banyaaaaaaaaaaaaaakk lagi !

Kalau agakagak kotak tu takcukup. Boleh je bawa bag or bag roda or bakul or even troli. I'm serious. Memang ada yang bawa camtu.

First time aku masuk. Aku dah stuck for 3 hours kat section Architecture and Design ! Semua buku pasal bab tu aku sumbat masuk kotak. Baru sampai section tu dah ada 2 kotak woih ! Semua pasal course tu je. Minat kan. Lagipun semua buku course tu harga sebenar dia memang PERGH la. Mana tahu kalau ada rezeki nanti dapat masuk course tu and perlukan buku camtu as rujukan. Time tu kang nak beli buku camtu memang boleh merana ah poket. So ni kira cam pelaburan yang bijak untuk masa depan gituu.

Due to overwhelming excitement. Aku dengan baik hati lagi caring nya *ececeeceeehh* cepatcepat text most of my members. Ajak diorang datang situ time tu. Alangalang temankan aku. Yalah benda elok better dikongsi bersama *ececeeceeeehh*. But as expected gak. Semua takboleh join samasama 
*sob sob sob* 

But ALHAMDULILLAH. My cousin, Izzaty and her family boleh temankan. And later my parents yang at first punya malas nak join pun datang gak after bersungguhsungguh aku paksa. And my bro and cousin too * terharu :'3 *

So here're the books yang aku beli. Daripada 2 kotak terpaksa ditapistapis jadi 4 buku je ! Due to kekeringan lagi ketandusan dompet 
*sob sob sob*.




Harga sebenar ? Well I checked at X-rates but ni semua money rate masa ini. So harga sebenar time buku tu dipublished. Wallahualam.

MINI HOUSE STYLE cost $29.95 / RM91.56. Sold at RM20.
INVITATION AND PROMOTION DESIGN cost $45 / RM137.58. Sold at RM15.
MORE SHOW ME HOW cost $24.99 / RM76.40. Sold at RM10.
NEW SPACES FOR OLD BUILDINGS cost $39.95 / RM122.12. Sold at RM25.

Done the calculation ? So total normal price would be. RM427.66.
But I just paid. RM70 ! MANA NAK CARIK ?! *gaya Johan in JOHARA PAGI ERA*

Here're the books yang my cousin, Zety bought. 6 BEST SELLER ENGLISH NOVELS. Should be cost around RM300++. But she just paid RM40 ! How cool is that ? 




Oh and kalau ada OCBC Credit Card. Use it. And you'll get a 5% more discount.

Seriously nak datang lagi ! And next time I'll be ready ! Bawa troli haha and bawa duit banyakbanyak ! Ilmu weh !




Saya dan buku. Kami buddyz. Takkan terpisah. 
Ini habitat saya. Nerd is the new cool :D

*sorry kualiti pics rendah


ASSALAMUALAIKUM ~







PC FAIR 2012


ASSALAMUALAIKUM ~

Ya Allah ! Dah lamanya tak berblogging ! *Vakuum blog* Memang plan after SPM ni nak bergiat aktif in dunia blogging. Eh betul ni ! Aku takpandai menipu *ceeeehh*. But oh you know me. Ada saje faktor luaran yang sentiasa mencemburui saya. Ampuni saya okay ? *Nah Ferrero Roche versi kertas gold dia je* Rindu aku bebelkan ? Alright. Terus ke titik.

Last Sat, 8th Dec. Well actually dapat invitation from UCSI for its Open Day at Taman Connaught. Ceh cakap macam dapat VIP Invitation je kan padahal dapat through SMS je. But at the same day ada V Facon Education Fair at PWTC. So planned nak pergi education fair tu je la. Thought boleh dapat more infos about colleges or courses kat alam U nanti. Ajak ramai member punya la bersungguhsungguh. But as expected. Forever alone. 

Early that morning kebetulan lak my cousin datang dia nak beli laptop with my bro at the PC FAIR at KLCC. So daripada takbuat apaapa pergi je la join diorang. Although benda high tech gadgets stuffs semua ni memang bukan habitat aku. Nothing much to say lah pasal fair ni. Because aku memang takfaham langsung apa semua benda alah tu haha maaf aku kuno. Just usha the Windows 8 and laptops yang boleh lipat or terbalik jadi tab and touch screen and other err cool stuff should I say ? Sebenarnya banyak lagi sampai buat aku lapar dan penat gila. But ah dah takminat kan.

But bestnya pergi fair camni. Dapat banyak free gift ! :3 Aku suka penjimatan berganda ni haha. Went there by train. Sampai kat KL Sentral ada booth TONTON. Alah websites yang boleh tengok dramas and movies online for free tu. Dia tanya apa frekuensi Hot.fm. Aku serahkan pada abang aku. Aku taklayan Hot.fm sorry haha. Dapat lah 1 note book ~ Then kat pc fair tu dapat lagi note books, tisu poket, bag and stuffs. Haha aku takde lah happy mana cuma aku suka tengok design cover note book tu je. Dan of course kalau pergi fair camni tak sah kalau takdapat brochures or pamphlets kan ? Aku ambil je semua. Sebab aku suka design dia. Haha aku memang pelik macam ni. Layan je lah. Oh by the way. Semua yang dapat free gift tu kena jawab soalan. Dan semua soalan dia aku taktahu so pass la kat abang aku HOHO

Oh aku ada daftar BCARD. Apa itu BCARD ? Aku pun taktahu haha. Check it out here. Aku sebenarnya suka kumpul kad club or reward cards camtu lah. Eh kad IC aku takmain ya ! Its free plus time tu dapat cabutan bertuah. My bro dapat 2 liquid pencuci skrin phone or lappy camtu. And me dapat extra 500 points into my BCARD. And dapat la gak vouchers worth RM500. Tapi semua voucher tu memang bersyarat lah. Lagi takboleh blah voucher dia sikit je but kena spend kat kedai yang mahalmahal. CEH !

Dalam banyakbanyak booth and gadgets yang diorang promote kan tu. Aku paling tertarik dengan LIQUIPEL ni. Can search more here. But basically. Dia protect korang punya maklumat segala data dalam smartphone or tablet. Takkira termasuk dalam sungai or laut or even jamban. Even though phone kau fizikalnya memang dah nazak. Maklumat and segala yang kau save dalam tu tetap save ! Awesome kan ?

Here's a video simply shows how does it works.



Masa kat PC Fair tu takde kotak ni. So dia takboleh nak tunjuk live lah. Tapi dia shows an experiment. Dia letak tisu biasa dan letak air. Memang la basah kan. But dia letak tisu 1 lagi dan letak air. Takbasah ! How ? Well promoter tu kata tisu tu bukan tisu biasa *obviously*. Specially made with water resistant ability. Dia suruh pergi Lowyat kalau nak buat. Currently it cost RM189 for smartphones and RM239 for tablet. Berbaloi la kalau nak dibandingkan dengan harta korang kat dalam tu. Benda ni memang sesuai sangat dengan orang macam aku yang sangat careless. 

But my bro said my new phone, Sony Xperia Go ni memang water resistant but only for 30 minutes. So dia cakap takpayah lah. But why not for a double protection ? Kat rumah dah ada pagar asal nak mangga ? Dah tu asal nak ada grill pintu lak ? Dah tu asal nak ada pintu ? Dah tu asal nak ada selak kunci kat pintu tu ? P.R.O.T.E.C.T.I.O.N. Alah padahal sebenarnya time tu bawa RM50 je haaa haha. Mana plan langsung nak beli apaapa. Oh dan promoter tu kasi tisu antikebasahan tu as a free gift HEEEE

Time nak balik tu. My friend, Nadiah Yacob told me that she and her friends went to the education fair. And she said takbest takde apaapa yang menarik and most ada kolej saja. Nasib baik takmembazir masa pergi sana.

ASSALAMUALAIKUM ~