Sunday, November 27, 2011

LITTLE BARBARIANS BERSUNAT

ASSALAMUALAIKUM ~

Berminggu-minggu sebelum ni dah plan awal for 100% Gempakstarz event kat Sg Wang on 26th to 28th Nov. Its an annual event by GEMPAKSTARZ. Alah yang majalah Gempak, comics like UNDER 18, LAWAK KAMPUS, HELIOS ECLIPSE. Confirm pernah baca kan ? Teringin gila nak jumpa ZINT, KEITH and KAORU. Diorang memang SANGAT AWESOME ! And thought nak pergi tahun ni for the 1st time. Dah ajak Faris and Amir. Ingat nak tengok TWILIGHT : BREAKING DAWN sekali. Ada Robert Pattinson and Taylor Lautner. HEEWW HEEWW 

        
                                       

Tengok tu. Design booth diorang. WALAWEH !


But huh terlupa. Ada anak buah nak bersunat Sabtu, 26 Nov tu. SO SORY FARIS ! My mom cakap Jumaat malam Sabtu tu kena stay rumah makcik lah nak rewang apa semua sampai Isnin. But Rabu tu call Iskandar. Saje berborak-borak. Pastu dia cakap dia start ambil lesen Sabtu tu gak ! Kat tempat sama yang ayah aku suruh masuk-Sin Wah.  Okay la a true confession by Danial Ashraf, AKU TAKPANDAI BAWA MOTOR ! Damn gila kan ? Trauma. Dah tahu kelemahan aku diam-diam. Aku cekik kang. 

But pandang jauh. Motor dah ada. Abang punya but ayah tak kasi dia bawa motor pergi kolej dia-MSU Shah Alam. Jauh katanya. Bahaya. Faham concern dia tu. But motor tu kat rumah ni terduduk diam-diam je situ. Kesian gak tengok. Bak kata pepatah english-WHITE ELEPHANT gitu. Beli mahal-mahal buat hiasan tak guna. Dan tahun depan nak SPM. Confirm macam-macam lah benda nak kena buat. Selama ni harap ayah je. Ayah pun entahlah. Penat memanjang. Dah bahaya nak keluar rumah lebih pukul 9 malam. Waktu tidur dia. Walaupun nak pergi Tesco. Mesti stop kat McD dulu or Shell untuk dia take a nap sekejap. Kesian. Nanti tahun depan nak pergi balik tusyen, nak beli barang-barang, stay back apa semua. Menyusahkan dia je. So nak tak nak terpaksalah. Lagi pun malu ah kat awek kang laki sendiri tak pandai bawa motor. Maka. KU GAGAHKAN JUA !

Since Iskandar ada. Dan dia tahu aku tak pandai bawa motor. Nak tak nak kena ambil lesen dengan dia lah. Dia ugut oh. Dia cakap, kalau aku tak ambil lesen dengan dia, nanti kalau aku ambil lesen time lain, mesti ramai gelak-gelakkan aku sebab tak pandai bawa motor. At least ada Iskandar and Isyraq. Bantai je lah. Diorang gelakkan aku boleh tampar. So Khamis tu cepat-cepat, ayah balik je pukul 5.45 pergi Sin Wah. Dia tutup pukul 6 petang. Laju je ayah bawa. Seperti yang disangkakan memang dah tutup. Tapi nasib baik kakak tu still ada time kitorang datang tu dia tengah tutup pagar. Tanyalah dia apa kena bawa, bayaran apa semua. Ambil pakej student government yang kasi, RM325 GUARANTY LULUS 2 BULAN. HUH kalau fail kena bayar gak. Aku pasrah berserah pada Allah je lah. 

So pagi Sabtu tu, aku pantas kemas-kemas semua, bertolak pergi Restoran Yus. Sarapan. Family semua dah pergi rumah makcik. For rewang tu. Lepas jam dalam pukul 7.30 camtu pergi jalan sikit to Sin Wah. Masuk-masuk nampak Iskandar. YEY YEY! Dah lepas bayaran apa semua, masuk van, pergi kat Broga tempat training dia. Nasib baik ada Haziqah. At least lagi meriah lah dengan kehadiran beliau. Dan ada gak Faris Danial. Okay tak pandang muka dia walaupun comel sedikit. But jealous gila woah. Dia ada muscles ! Aku terfikir-fikir camne nak tambah lemak kat area LENGAN SAHAJA. Tanya GOOGLE nak taip apa. Sebab kalau tangan keding, letak muscles cam ERGH. Kalau tangan berlemak, letak muscles, baru WOOT WOOT. Yelah dia anak tauke restoran kat Pekan Semenyih. Tolong tebar roti canai. Mana tak nya. But Iskandar cakap dia merokok. Huh budak-budak sekarang. Dah dikurniakan rupa paras yang hot. Pujian ramai. Nak rosakkannya. Tak faham aku.

1st day kena dengar lecture dari pukul 9.15 pagi sampai 2.20 petang. Kira ah berapa jam. Duduk dalam air-cond dengar ceramah pasal kereta ! Barulah Iskandar cakap ada function aku bawa sweater tebal tu. Ceh sebelum ni dia ingat aku saje nak membajet ke hapa haha aduhai. Aku pandang jauh *Abang bagitau haha* Lecturer agak membosankan. Dia membaca dan ada lah sikit lawaknya. Text Ummi. Dia kata nak tidur pun boleh. Tapi lecturer tu perli baik awal-awal. ''Kamu nak lulus, dengar. Nak gagal, tidur. Nak keluar dari bilik ni pun bukan masalah saya. Kamu dah bayar saya.'' 

Bangga lah aku tak tidur *adalah dalam seminit dua je pun kira tak tidur la tu* Sebab melayan kerenah sahabat-sahabat kesayangan ni hah. Iskandar and Isyraq dari pergi sampai balik. Mengagung mendaulatkan aku dengan lagu rasmi aku-ABANG KHUN DANNY KHUN. Lecturer panggil bayar yuran ke apa tu, diorang cakap-ABANG KHUN DANNY KHUN. Well Danny Khun was my facebook name. Inspired from NICHKHUN of 2PM. HE'S DAMN CUTE ! Actually nak buat KUN not KHUN. KUN is gelaran for rakan sebaya kat Jepun. Like Abu-kun or Osama-kun gitu. But dah DANNY tu last sounds like NI campur dengan Kun. Sounds more like Nichkhun. Bantai je lah.

Melayan budak-budak tu memang happening. Takde lah bosan sangat. Membebel je. Rasanya kitorang lah yang paling banyak memekak. But hey lecturer gentle. Habis lecture, dia ada tunjuk contoh soalan for ujian berkomputer. 50 questions in 45 minutes. Nampak senang sangat. But bila dia keluarkan soalan yang menguji ketajaman mata ni. ADUHAI ADUHAI ! Dulu ada buat test mata. Rabun ke tak. Dia kata silau je. But member aku silau pun pakai spec. Entah lah aduhai aduhai. Boleh pilih nak buat test tu Rabu ni or Sabtu. Kat Cheras. Iskandar and Isyraq buat hari Rabu. Haziqah buat hari Sabtu. Ada tusyen katanya. Aku nak buat hari Rabu gak cam member laki. But terlupa takde transport balik. So ikut je lah Haziqah. Takde hal lah. Lagipun nak hafal 1 buku tu. Ambil masa. Walaupun nampak senang. Lulus 42/50. Tak nak fail. Kena bayar RM50. Semua sekarang guna duit huh !

Balik pada cerita utama. Jauh aku menyimpang. Balik je dari Sin Wah. Ayah dah tunggu kat Restoran Ibrahim Maju. Kalau nak diikutkan memang takkan ayah aku jejak kaki kat restoran mamak. Sebab mak aku entah kenapa anti sangat dengan mamak *SORY I'M NOT RACIST* But ayah kepada mak aku-atok aku, tu lah tempat favourite dia. At least sehari 3 kali pergi. Roti canai kosong, teh tarik, rokok. Cukup membuatkan dia bahagia. Walaupun orang kat rumah dah masak banyak-banyak. Tapi dia tetap maintain kurus keding. Sebab gaya dia. Lepak kat kedai mamak mesti tak lebih daripada 30 minit. So makan dengan dia kena cepat-cepat. *Aku menyimpang lagi*

So lepas sampai restoran tu, ayah aku terus bawa pergi rumah makcik aku tu. Terus bekerja sambung merewang. Hari Sabtu tu kenduri tahlil kesyukuran. Sampai-sampai. Kat ruang tamu. Ini lah pemandangan yang aku nampak.


    AKU SUKA GILA ! CONGRATS MY LITTLE BARBARIANS !
 Dari kanan- Aqeef Qayyum, 7, Izwan Adha, 8 Zul, 10 Imran Adli, 9 Muhd Aiman,10

Malam sebelum tu, Jumaat malam Sabtu. Ada gak pergi rumah diorang. Time diorang masih riang berlari-lari anak. Menjerit melalak sakan. Demand chicken chop seafodd apa semua. Tengahari tu ini lah kesudahannya. WOHOHOHOOOO ! 1st soalan aku interview diorang ni, ''Doktor tu potong hujung ada kasi balik ka ?'' Cam dalam iklan apa entah dulu tuu. Niat nak buat lawak saje menyakat. Sekali betul-betul diorang kasi cam pek ubat tu. Dalam tu betul-betul ada hujung diorang =,= 

Diam terlentang je semua. Semua stok memang cergas ganas aktif. Sekali kena baring diam terlentang. Tak senang duduk. Lagi tak senang duduk nak melayan diorang ni. Sekejap nak pergi kat PC nak main game. Sekejap nak pergi kat luar tengok orang kenduri. Sekejap nak berak kencing. Layan je la kan haha. Anak buah. Nak melangkah ke alam remaja. From Rumi to Jawi ayah aku kata.  

Merewang memang wosh ! Buat kenduri besar-besaran. Penat but best lah. Bukan senang nak merewang sekarang ni. Orang suka guna catering je. Aku tak suka. Sebab tak boleh nak berborak sangat haha. Dapat lah interview pakcik ni jiran makcik aku tu. Kerjanya dulu jadi computer engineer or technician or apa entah haha. For syarikat Texas. Gaji dia tinggi kata ayah aku. Lagi ayah aku kata, bagus borak dengan dia ni. Banyak ilmu dia ada. Kebun besar. Tapi tak berpagar. Dia kata cara nak jaga kebun bagi ajar sikit kat pencuri. Letak racun ke apa entah kat beberapa pokok. Jangan sampai mati lah letak sikit je racun.  Kena ingat lah pokok mana yang diracun. Nanti berbuah. Jangan ambil buah tu. Kalau ada pencuri yang ambil buah tu, pengsan masuk wad. Sebab makan buah. Tahu lah kita sape pencurinya. Bukan nak mendajjal kan orang. Katanya, manusia ni kalau tak diajar takkan menyesal. Friendly gila. Sampai asyik-asyik mencarut KIMAK PUKIMAK KIMAK PUKIMAK. 

Anak dia kerja bawa kapal kargo. Selalu merantau. Kahwin dulu dengan orang Brunei. CUN WOIH ! Well anak dia pun hensem. So dia cerita lah perangai and suasana kat Brunei tu. Lantak lah menyimpang ni aku share apa yang aku ingat daripada interview dengan dia.

Katanya, Brunei ni bagus gila. Pemerintahan Islamik. Pukul 6 tutup semua kedai. Sunyi. Aman. Nyaman. Populasi cam 300,000 orang je. Kecil but berkuasa. Yet bagai katak bawah tempurung. Hubungan diplomatik kurang. Most orang Iban. Most hidup cam saudara-mara. Mesra gila. Katanya bandar utama dia, Bandar Seri Begawan, cam Kajang je. Siap ada sign board- AWAS BUAYA. Dia cakap memang real ada buaya kat kota. Paling dia suka. MURAH GILA. Ikan apa entah kat sini RM28 kat sana RM10. 8 hari pergi sana dulu, modal RM300 pergi sana, dan dia spend RM20 je. Itupun untuk rokok je haha. Sebab rumah, makan, transport semua anak dah settle. Rumah sana besar-besar. Astro sampai 4 aircond 5. Bil elektrik tak sampai RM40. Oh 1 dolar sana sama dengan RM2.4. Sebab diorang pakai tiang elektrik yang pendawaian lama. Satu tiang rosak, 1 taman takde elektrik. But ada generator nice enough. Ada gak stesen TV kerajaan. But 24/7 cakap DULI YANG MAHA MULIA. Anak dia beli kereta apa entah kat Malaysia, RM250k. Kat sana baru RM150k. *AKU FAIL JENIS KERETA NI* Dia cakap kereta sana murah-murah. Kereta apa entah. Kat sini beratus ribu kat sana tak sampai RM40k pun. Kat sana kereta murah tapi baiki kereta mahal. So dia nasihat kalau pandai baiki kereta, kat sana memang boleh buat duit. Tapi orang sana sangat bangang katanya. Diorang hujung minggu, hobinya naik kereta bawa tepi pantai langgar air laut. KARAT woih. 

Okay habis pasal interview pakcik tu. Ahad sambung kenduri. Busy gila lagi merewang. Bayangkan. Jumaat malam Sabtu lepas Maghrib pergi rumah dia. Balik pukul 11 malam. Esok pagi Sabtu. Bangun pukul 6 pagi. Pergi pukul 7 pagi. Balik rumah pukul 1 pagi. Esok pagi Ahad. Bangun pukul 6 pagi. Bertolak pukul 9 pagi. Balik pukul 9 malam. Memang penat ah. Dan abang budak Imran and Izwan tu, Irfan Adhwa, 10 tahun, melarikan diri daripada bertugas menjaga adik-adik dia. Lari ikut kitorang balik Semenyih. 

Apa-apa pun. Terisi gak lah hujung minggu aku. Dan sebelum terlupa. SALAM MAAL HIJRAH ! Jangan nak tengok kalendar Barat celebrate New Year gaya diorang je. Bakar bunga api, party-party, disco-disco. Kalendar Islam punya Tahun Baru lagi COOL. Buat solat penutup dan pembuka tahun. Buat azam baru. Semoaga Allah S.W.T memberkati dan merahmati hidup kita. Semoga kita diberi peluang lagi untuk hidup di alam fana ni. Semoga kita dapat tingkatkan lagi keimanan kita pada Nya. Semoga kita mampu memperoleh lebih banyak pahala. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat. Till then. TAKE CARE.

ASSALAMUALAIKUM ~