Aku tak tahu kenapa. Aku cuma tahu yang aku dah makin pelik, pelik dan pelik. Ya aku memang pelik. Tapi ni dah makin dan hampir kepada sangat.
Kalau dulu aku budak liar. Selalu nak keluar 24/7. Lepak dengan kawan ke sana ke sini. Membazir duit tengok wayang padahal boleh download. Main laser gun, snooker, bowling, shopping dan lepak. Buang masa kat macam-macam shopping mall. Cam budak Pavi. Ya Allah bajetnya aku zaman Jahiliah ni.
Tapi sekarang. Tempat lepak aku kat MPH MidValley, taman sebelah PWTC, padang sebelah KLCC, sungai Tekala dan pantai (kalau pergi). Sekarang aku lebih suka dekatkan diri dengan alam. Entah kenapa. Stress banyak lately. Lepak tempat camni tenang je. Aman. Lapang. Baca buku, perhatikan perangai orang, perhatikan alam, berfikir, bajet tulis lagu, lukis dan tidur.
Kalau dulu aku benci pakai shirt berkolar. Nampak tua dan tidak cool. Lebih-lebih kemeja. Suka pakai T-shirt yang design simple. Setakat gambar menara Eiffel atau satu patah perkataan. Cukup nice bagi aku. Dan dulu selalu beli baju yang putih je semua. Tapi design berwarna. Ya bagi orang baju putih susah nak jaga sebab cepat kotor. Tapi Nabi suka pakai baju putih. Putih tu kan melambangkan kesucian. Dan ia satu cabaran untuk kau jaga warna putih tu daripada tak terkena apa-apa radikal bebas. Plus sekarang panas makin dahsyat lah. Pakai baju hitam bawah panas terik memang sangat bodoh. Sains darjah 1 aku belajar. Benda hitam menyerap haba. Memang lagi panas lah. Tapi berlawanan dengan baju putih. Sejuk.
Tapi sekarang. Aku suka gila dengan shirt berkolar. Entah kenapa. Mungkin nampak lebih matang. Walaupun penampilan luaran je lah. Dalam tetap Ribena. Shirts ni semua simple. Takde logo just plain dengan warna. Kosong. Dan shirts berkolar ni semua aku beli macam-macam warna.
Kalau dulu aku benci pakai baju Melayu. Pakai time raya je. Itupun hari raya pertama dan buka pakai shirt biasa lepas habis solat Aidilfitri. Songkok pun. Rimas. Panas. Lepas tu simpan je jadi khazanah dalam almari. Dan kalau ada tahlil atau majlis agama baru pakai balik.
Tapi sekarang. Pagi, siang dan malam. 24/7 in baju melayu. Sayang sangat baju melayu tu sampai lepas mandi pakai balik baju melayu. Songkok pun dah kerap pakai. Kalau dulu solat tak pakai apa-apa kat kepala. Sekarang mesti pakai.
Kalau dulu aku banyak membebel. Banyak berjoyah. Banyak gelak. Ada je benda nak diceritakan. Ada je benda nak dikorek. Ada je benda nak menyibuk tahu. Benda kecil pun aku boleh gelak mengilai.
Tapi sekarang. Aku makin pendiam. Tak banyak cakap. Penat dan malas nak ambil port pasal rahsia orang lain sangat. Kecuali kalau benda tu penting, dia sendiri nak share dan daripada orang yang aku hormat dan sayang. Orang ramai buat lawak pun aku haha tak ikhlas sangat. Cuma ada certain lawak yang memang lawak buat aku gelak menggila. Even Maharaja Lawak Mega aku tengok balik semua episod so far by semua team. Ada SIKIT je lah yang berjaya buat aku haha tapi yang HAHAHAHAHAAHHAHA tarak. Most buat aku -___________________________________________- .
Oh kecuali dengan sorang kawan ni. Lawak bodoh dia memang fresh.
Mungkin semua ni sebab KEMATANGAN. Usia meningkat. Pemikiran pun dah jauh. Dan. Mungkin ni semua adalah yang terbaik untuk aku dari Allah.
Wallahualam bissawab. Aku tak boleh nak jawab.
ASSALAMUALAIKUM ~
kalau berubah ke arah kebaikan,bguslah..Alhamdulillah^_^
ReplyDeleteYeah I think so. Hey thanks for comment :)
ReplyDelete