Friday, December 16, 2011

BUSY

ASSALAMUALAIKUM ~


Since habis sekolah dulu. Relaks 2 minggu. Then bermula la hidup sebagai busy man. Buat semua yang aku nak tapi tak sempat nak buat selama ni.

Since result exam teruk. Dan aku tak kaya. Aku pergi tusyen sendiri. Dengan saudara-mara. Buat revision. Matlamat sekarang. Sebelum habis 2012, MASTERkan semua silibus dalam semua subjek form 4 yang aku ambil. Tahun depan confirm benda semua ni ada lagi. Berterusan. So taknak tahun depan terasa kekok tak faham apa benda cikgu terangkan dan tak perlu belek buku form 4 balik. Aku kaler-kaler dan pin point kan tajuk utama dalam semua buku rujukan. Best. Warna-warni. Memudahkan untuk aku membaca dan menghafal. Mungkin aku artistik. Berfikiran kreatif. Maka pewarnaan adalah perlu.

Aku memang jenis yang susah lagi payah nak memahami sesuatu yang dah jelas bagi orang. Aku suka bertanya. Berderet-deret berduyun-duyun soalan aku ajukan walaupun topiknya satu. Nak kasi clear lagi. Soalan yang di luar subjek dan di luar silibus pun sekali hayun. Aku suka memutarbelitkan keadaan. Hasilnya. Diri sendiri banyak berfikir. Benda positif dan negatif, Tapi bagi aku, tu berpandangan jauh. Memuji diri sendiri. Dan sebab ni la gak aku susah nak belajar kat kelas. Aku jenis yang akan turut perintah dengan orang yang aku suka. Termasuk la cikgu. Memilih. Kalau cikgu tu tak pandai mengajar aku reject. Buat kerja sendiri. Dan kalau cikgu yang aku suka. Banyak benda nak dipersoalkan. Seperti budak-budak suci lagi murni belajar mengenal erti kehidupan. Dan sebab tu juga la ramai tak suka aku. Pertanyaan aku yang bertimbun membuang masa. Buat cikgu tak dapat habiskan silibus yang patut dikhatamkan hari tu. Buat budak lain tak dapat belajar dengan sempurna.


Membaca. Aku suka. Sekarang aku lebih suka melepak kat Mid Valley. Bukanlah menderma duit kat abang jaga kaunter GSC atau butik-butik. Aku bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengasas MPH. Sebab dia kasi baca semua buku yang ada dalam kedai tu FOR FREE. Kalau ada buku yang still dalam plastik. Boleh pergi kaunter minta bukakan plastik tu dan baca kat situ. Tak perlu beli. Siap kasi banyak kerusi dan satu ruang besar lagi luas untuk semua pengunjung duduk dan baca. Ada air pancut. Dengan muzik akustik dan instrumental serta air-cond. Tenang dan selesa. Duduk situ dari pagi sampai malam. 2-3 kali seminggu.

Dah diberi peluang kan. Bantai ah. Baca semua selagi boleh. Aku banyak baca buku ilmiah. Macam buku agama, pembelajaran dan designs. Semua ni minat aku. Kalau nak baca novel memang sehari tak khatam. Baca dan tulis kat note book aku apa yang menarik dan penting.

Tahun depan sure confirm akan jadi lebih busy. Fokus menggila kat SPM. So semua hal selagi boleh, settle sekarang. So aku sibuk mencari ilham. Design kelas, events and reunion for tahun depan.

Tahun ni kelas sendiri. Tak share dengan budak petang. WE RULE THE CLASS YEAAHH ! Best. Hak persendirian. Awal tahun design dah smart gak la. Credit to myself. Besaaaaaarr. Rasanya kelas kitorang yang paling besar. Walaupun ada kelas lain yang lagi ramai penghuninya. Tapi beberapa bulan lepas tu. Sekolah ambil 1 per 4 daripada kelas kitorang. Nak dibuat bilik pengawas. ERGH ! Lukisan dan board belakang tu. Yang penat-penat kitorang lukis. Diorang rampas. Walaupun diberi dinding baru. Tapi dinding kayu. Dan takde board dan lukisan. HAISH. Rasa sia-sia penat lelah kitorang lukis selama ni. Dendam dekat pengawas takde lah. Cuma tak puas hati SIKIT je lah. Oh well tapi yang paling best. Boleh simpan buku bawah meja. Bawa semua buku dari rumah. Simpan bawah meja. Datang sekolah hari-hari beg kosong takde buku. Kecuali buku yang dibawa pulang nak buat homework. Sebab kelas sentiasa berkunci. Dan so far ALHAMDULILLAH takde kes hilang buku so far.

Semua tu tahun ni je lah. Tahun depan insya-Allah TERPAKSA share dengan junior. Masih trauma dengan tragedi tahun lepas. Share kelas dengan junior. Aku jadi ketua keceriaan. Ah aku suka deco. Duit kelas dah beratus habis. Angkara aku. Tapi aku salahkan budak junior dan mungkin budak liar lain. Jangan sesekali mengaku kesalahan anda. Biasalah sekolah aku. Agak Henry Gurney style. But cool gila. SAYA SAYANG ENGKU HUSAIN !

Dinding belakang kena conteng. Dinding dan pintu diletak dakwat pen. Habis biru baju putih kitorang. Board dan kertas belakang kena koyak. Ikan dalam akuarium mati sebab diletaknya makanan ikan full dalam akuarium tu. Pokok kecil habis kena toreh. Dan paling teruk. Tempat cikgu kena kencing. Anjing atau kucing tak tahu. Tapi rumors kata kencing manusia. Terima kasih mak cik cleaner jadi superwoman. Tembak dengan air dan gigih memberus lantai. Kami powerless cuma mampu memandang.

Marah memang ada. Tapi tak nak tuduh budak junior yang buat. Syak. Sebab memang setiap tahun kelas kitorang ada pemegang amanah. Penjaga kunci. For kelas sesi petang and kelas sesi pagi. Everytime kitorang keluar kelas pergi makmal atau perpustakaan. Kunci kelas. So far takde benda buruk terjadi kat kitorang. Cuma banyak tragedi tu jadi kat budak sesi petang. Tak tahu la diorang kunci ke tak kelas tu. Mungkin budak kelas lain yang liar dan suka melepak broke into the class. Malas dan penat nak fikir.

Tapi aku tetap tak putus asa. Tetap nak design for kelas tahun depan juga. HOHO. Ambil je la risiko nak share kelas. Awal-awal nanti buat surat perjanjian black and white. Buat upacara angkat sumpah. Jaga tanah bersama-sama. Cuma tahun ni aku kurangkan kos. Cheaper but nice. So busy menyiapkan design for tahun depan. Benda camni aku suka buat sendiri. Aku suka mereka cipta. Ikut kepala sendiri. But surely aku terima pendapat semua. Aku siapkan design ni. Aku kasi diorang tengok, nilai dan buat keputusan. Insya-Allah.  Its gonna be CUTE !

Aku pengawas pusat sumber. Tahun depan kami senior. So sementara tu, saje je lah buang masa isi masa. Fikirkan event for tahun depan. Like Hari Guru and Minggu Pusat Sumber. Hari Guru nanti nak buat apa. Minggu Pusat Sumber nanti apa aktiviti nya. Semua tu nak fikir sekarang. Tahun depan sibuk. Ramai yang tak nak beri komitmen. Tapi semestinya aku tak buat benda ni sendiri. Gila kuasa namanya tu. Aku minta kawan lain fikir kan gak. Aku AKAN pergi tanya ketua pengawas PSS tahun ni, Ummi Aqilah. Oh comel sungguh orangnya tiada bandingan. Pujian ikhlas. Sementeara tu ada juga tanya kawan lain yang sekolah lain, sekolah MRSM dan SBP. Sebab sekolah elit banyak buat aktiviti. Minta pendapat dan cadangan diorang.

Lagi nak buat reunion for kelas 3U 2010. Aku, Arifah and Haziqah ditugaskan tolong settle sikit. Along with others gak. Planning after SPM nak buat kat Pulau Tioman 3 days 2 nites INSYA-ALLAH. Ada idea yang lagi best ? There'll be BBQ, camp fire, snorkeling, swimming, daki gunung, beach games and many more. So now tengah usha-usha in webs for all the cost needed. Finding the cheapest yet fun and nice. Sebab motif utama is nak bertemu dengan kawan, having fun together and yang paling penting, nak kekalkan persahabatan tu.  Bajet awal kira-kira RM250 each person. Boleh lah tu start simpan dari Januari.

But macam biasa lah. Benda camni tak boleh mengharap tinggi sangat. Expect the unexpected. Itu antara prinsip hidup aku. Kena buat back-up plan. In case ada emergency last minute. Harap semuanya berjalan lancar AMIN !

Aku banyak cari maklumat kat internet. Info dan berita semasa. Supaya tak ketinggalan. Aku tak suka sangat politik. Sekadar pengetahuan am. Kecuali kalau apabila Anwar Ibrahim, Najib, Nik Aziz dan yang lain duduk satu meja melepak kat kedai kopi cerita dan bincang bersama nak memajukan negara, beri cadangan, terima pandangan dan nasihat satu sama lain. Hah kan indahnya dunia camtu. Kalau jadi camni memang aku sokong dan suka la dengan politik. But. Aku tunggu pemerintahan dunia yang sangat adil dan mulia daripada Imam Mahadi dan Nabi Isa AS. Tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup tengok pemerintahan kejam Dajjal.

Aku suka cari maklumat pasal agama Islam. Sebab bagi aku. Segala yang berlaku ada sebabnya. Setiap apa yang Allah lakukan ada sebabnya. Ada mesej yang Dia nak kasi tapi kita sendiri kena berusaha mengkaji dan cari. Dan aku percaya. Sains sentiasa berada di sekeliling kita sepanjang masa. Kebanyakan yang ditetapkan Allah ada bukti sokongan dari sudut Sains. Aku suka gila maklumat camni. Seperti apa rasional nya solat 5 waktu sehari, apa kebaikan solat berjemaah, apa sebabnya hukum hudud dan lain-lain. Semuanya sebenarnya memberi kebaikan yang sangat-sangat dahsyat. Semua ada kaitan dengan biologi, kimia, fizik ergh semua tu lah. SAINS ! Kalau lah kita umat Islam tahu yang Allah dah beri semua nya untuk selamatkan kita. Cuma keputusan nya terletak kat tangan kita. Nak terima ajaran dan perlindungan dari Dia atau taknak.

Cam biasa setiap hujung tahun. Urusan keluarga. Pergi sana sini merantau 1 Malaysia. Dari Terengganu then Pahang later Johor lepas tu Perak. Camtu lah. Sibuk jadi aku ni. Walaupun dilatih dari kecil dan dah pun biasa dengan suasana hidup camni. Aku tetap tak mewarisi bakat ibu bapa aku dalam nombor dan duit.

Memang gaya aku untuk biarkan je facebook on. Walaupun aku tengah buat kerja lain. Walaupun seharian dari pagi sampai malam aku pergi keluar. Facebook tetap on. Sebab tu time solat jumaat, aku pergi solat tapi biarkan facebook on, perempuan nampak aku on, pergi terus serbu fitnah cakap aku tak solat Jumaat. Dan kalau ada orang chat, aku tak reply. Maaf. Faham je la kan aku bukannya berada di depan pc. Aku ada sebab aku untuk biarkan facebook on.


ASSALAMUALAIKUM ~

No comments:

Post a Comment